Make your own free website on Tripod.com

MASALAH Y2K


Saya kemukakan berhubung dengan perkara tersebut.:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan 2YK?

2. Apakah masalah yang timbul berhubung dengan perkara ini?

3. Bagaimanakah 2YK berfungsi?

4. Apakah langkah-langkah yang sedang dilaksanakan untuk menangani masalah 2YK di peringkat negara dan antarabangsa?

Suhanim bt.Mohd Zaki

UTM, Skudai

Jawapan

Y2K ialah masalah sistem dan perisian yang gagal mengenal tarikh 1 Jan 2000 kerana norma tulisan bahasa perisian dahulu menekan kepada dua huruf hujung. Contohnya, 15 Mei 1998 dikenali sebagai 15/05/98. Jadi pada tahun 2000, perisian itu akan mencatat 1/1/00 atau 1 Januari tahun 1900.

Bagaimanapun, kesannya akan tertumpu pada sistem kerangka dan perisian yang bergantung kepada tarikh dalam pengiraan seperti sistem kewangan, pembilan, pengangkutan dan telekomunikasi. Banyak lagi industri akan terbabit kerana cip yang dipasang dalam kebanyakan peranti elektronik serta mesin juga menggunakan norma yang sama. Jadi mungkin mesin atau jentera itu tidak berfungsi atau keliru dalam operasinya.

Kerajaan banyak negara termasuk Malaysia memandang serius isu Y2K. Contohnya, di Amerika Syarikat (AS) semua syarikat yang tersenarai di bursa saham harus memberi butiran mengenai langkah diambil syarikat dalam menangani masalah itu. Langkah serupa juga sedang dilakukan di Malaysia.

Dipetik Dari Komputer Berita Harian
[Sebelumnya ]