Make your own free website on Tripod.com

Winzip... perlu dimiliki

PERISIAN memampat (compress) fail atau lebih popular dengan sebutan ZIP, menjadi perisian kemestian di kalangan pengguna, terutama mereka yang mempunyai sambungan Internet.

Ini disebabkan kebanyakan fail sistem dari Internet disimpan dengan sambungan .zip, menyebabkan pengguna memerlukan perisian ZIP untuk nyah mampat (uncompress) fail ke format sebenar.

Selain itu, perisian Zip turut membolehkan pengguna mengecilkan saiz fail untuk dihantar sebagai lampiran (attachment) e-mel.

Berita baik ialah perisian zip kini semakin mudah dan lebih cekap berbanding perisian terdahulu. Winzip 6.3 ialah program yang mesti dimiliki kerana ia mudah dikonfigurasi serta lebih berkesan. Ia juga menyokong fungsi Windows 95, termasuk nama fail panjang dan integrasi rapat dengan operasi Windows 95.

Dengan ini pengguna juga boleh dengan mudah drag and drop ke atau dari Windows Explorer, atau zip dan unzip fail tanpa perlu keluar dari Explorer. Perisian Winzip turut dilengkap dengan fungsi sokongan bagi pelbagai format fail Internet popular seperti TAR, gzip, Unix compress, UUEncode, XXencode, BinHex, dan MIME.

WinZip juga selari 100 peratus dengan versi ZIP dan UNZIP. Antara muka Winzip juga bersih dan kemas, operasinya boleh dilaksanakan dengan hanya memilih dan menekan sesuatu butang.

Papan menu operasi (tool bar) membolehkan capaian pantas kepada operasi yang kerap digunakan selain kandungan fail bantuannya yang lengkap. Selain menu mudah, operasi Winzip dipermudahkan dengan keupayaan melengkapkan fail perisian format Zip terus ke dalam sistem.

Dengan ini, pengguna tidak perlu melakukan operasi pemecahan dan kemudian memulakan fail Setup atau Install bagi melengkap program atau perisian. Dalam Winzip, pengguna boleh terus Install sesuatu perisian setelah fail Zip itu dinyah mampat. Bagi mengatasi masalah serangan virus, terutama fail yang didapati dari Internet, Winzip boleh dikonfigurasi untuk berfungsi dengan kebanyakan perisian anti-virus dalam pasaran. Winzip boleh didapati dari url:www.winzip.com

Pintasan Winzip 6.3

  • New Archive...................Ctrl+N
  • Open Archive....................trl+O
  • Favorite Zip Archive.......Ctrl+F
  • Wizard.............................Ctrl+W
  • Move Archive........................F7
  • Copy Archive ........................F8
  • Extract.............................Ctrl+E
  • Delete..............................Ctrl+D
  • Add..................................Ctrl+A

Dipetik Dari Komputer Berita Harian
[ Sebelumnya ]