Make your own free website on Tripod.com

Windows Commander

Windows Commander ialah program pengurusan fail untuk Windows 95, seperti Desktop Explorer dan Winfile.Ciri mesra

l. Dua tingkap mudahkan pemindahan dan salin-menyalin.

Windows Commander memberikan dua tingkap yang boleh dikendalikan secara berasingan. Kita boleh menjadikan tingkap satu C:\windows dan tingkap dua D:\program. Kita juga boleh menjadikan kedua-dua tingkap serupa.Jika langkah pertama diambil, urusan menyalin dan memindahkan fail dari satu direktori ke direktori lain lebih mudah.

Apabila kedua-dua tingkap serupa, pengguna dapat menukar nama fail dan mencantumkan fail dengan senang.


2. Menguruskan fail arkib seperti zip dan arj

Windows Commander juga dapat menguruskan fail yang diarkibkan seperti zip, arj, rar dan sepertinya. Klik saja nama fail zip dan kandungannya akan keluar di tingkap yang sama. Ada juga disediakan kemudahan menguji fail itu, satu ciri berguna jika kita memindahkan fail zip ke disket. Pengurusan fail seperti ini biasa dibuat oleh pengguna yang banyak mengutip fail daripada tapak web dan usenet.


3. Kemudahan lain

Windows Commander menyediakan kemudahan FTP dan pengurusan enkod/dekod. Ia juga dapat memotong dan menyambung fail. Semuanya tanpa membuka atau menggunakan program lain. Ia juga memberikan satu kotak untuk memasukkan suruhan seperti dalam DOS, tidak perlu buka Run dalam Start Menu atau balik ke DOS.


4. Laju

Tidak perlu ia dijadikan program kerangka. Hidupkan WC dan ia akan mengambil alih tugas Desktop Explorer. Ini membuat program ini lebih laju, kadang-kadang seperti dalam DOS pula.


Ciri Kurang Mesra

1. Klik kanan tidak berfungsi

Malangnya klik kanan tidak berfungsi dalam Windows Commander. Ini bermakna sebarang kemudahan yang kita pasang pada menu klik kanan tidak dapat dicapai.

Bagaimanapun, kebanyakan kemudahan itu ada disediakan dalam menu Windows Commander. Cuma penulis rasa rindu dengan klik kanan yang terus menghantar e-mel.


RumusDidapati Windows Commander lebih mudah dan cepat daripada Desktop Explorer, Power Desk dan Winfile. Ini saja sudah cukup bagi pengguna yang hanya mempunyai memori 16 megabait ke bawah. Sejak mencubanya penulis telah mengucapkan `bye bye' kepada Desktop Explorer yang datang dengan Windows 95.

Ini mungkin kerana program ini serasi dengan PC penulis yang jenis lama dan dipasang memori rendah.Setakat ini penulis hanya memberikan taraf lima bintang kepada program Net Vampire. Windows Commander juga layak menerima penarafan yang sama.

Windows Commander datang dalam bentuk shareware dan ia berfungsi selama 30 hari.

Dipetik Dari Komputert Berita Harian
[Sebelumnya ]