Make your own free website on Tripod.com

REGISTRY ROSAK


Komputer saya jenis ACER 500 Entra. Mengapa setiap kali bila saya gunakan komputer mesej registry problem dan Illegal operation kerap dipaparkan sedangkan telah format semula komputer. Adakah penambahan RAM (EDO) punca masalah?

ROSLI MOHAMMAD

rosham@tm.net.my

JawapanRegistry problem disebabkan kehilangan fail sistem, struktur operasi atau fail Registry rosak.

Mereka yang pakar boleh memeriksa fail Registry dan membetulkannya. Jika tidak, cara terbaik mengatasinya ialah melengkapkan semula Windows 95. Sebelum itu, pengguna digalakkan melakukan Scandisk bagi memeriksa samada terdapat kerosakan kluster pada cakera keras.

Kemudian lengkapkan semula perisian dan pemacu bagi komponen atau peranti. Sukar untuk menentukan samada RAM adalah punca masalah. Untuk memastikannya, cuba keluarkan RAM tambahan itu, ubah konfigurasi BIOS dan mulakan sistem. pastikan samada mesej yang sama dipaparkan. Sebagai panduan, adalah lebih baik menggunakan jenis memori yang sama seperti (EDO) dan kelajuan yang sama.

Dipetik Dari Komputer Berita Harian
[ Sebelumnya ]