Make your own free website on Tripod.com

Berita ke desktop: Cara PointCast 2.0

PENYIARAN Internet kini bukan perkara baru terutama dengan kehadiran teknologi penghantaran data atau streaming yang membolehkan data dihantar secara dinamik kepada pengguna.

Aplikasi yang paling popular bagi teknologi tolak ke desktop menggunakan infrastruktur Internet ialah untuk penyebaran berita. Kini kebanyakan biro berita dan syarikat persuratkhabaran menyediakan aplikasi atau antaramuka bagi berita dihantar terus kepada pengguna selain laman web mereka.

Satu perisian yang popular bagi penyiaran berita melalui Internet ialah Pointcast.

Pengguna hanya perlu pindah turun (download) PointCast 2.0 dari laman www.pointcast.com dan lengkapkan ke dalam sistem komputer peribadi (PC).

Kemudian, pengguna perlu mengkonfigurasi perisian itu agar ia menerima hanya berita atau saluran yang anda rasakan perlu sahaja.

Pengguna hanya perlu mengklik fungsi Customise dan memilih penyedia berita seperti CNN, ZDNet dan pelbagai lagi agensi berita. Pengguna boleh menempatkan sembilan saluran dan jika sudah bosan dengan sesuatu sumber, pengguna boleh mengeluarkan sesuatu saluran dan menggantikannya dengan laman lain.

Pengguna juga boleh mengkonfigurasi saluran peribadi serta jenis perisian melunsur Internet yang ingin digunakan bersama PointCast. Untuk mendapatkan kandungan berita terbaru, pengguna hanya perlu mengklik butang fungsi Update All.

Selain kotak dialog yang memaparkan kandungan berita, terdapat fungsi Tinker atau tetingkap panjang dengan tajuk berita. Ia kelihatan seperti laporan saham.

Pengguna hanya perlu mengklik di atas tajuk yang dirasakan menarik, PointCast akan diaktifkan dan kandungan itu dipapaar pada skrin untuk bacaan.

Kandungan berita laman juga boleh disambung ke berita penuh yang disediakan dalam laman tertentu. Secara keseluruhan, pengguna akan mendapati PointCast sebagai perisian cukup berguna terutama yang ingin berita terkini serta tanpa perlu melunsur tapak berlainan.

Pintasan Point Cast 2.0

  • Pengguna boleh mengawal kelajuan data pada Tinker dengan mengklik dan mengheret pada data yang sedang dihantar pada kelajuan tertentu samada perlahan atau laju. Kelajuan itu akan ditetapkan pada Tinker.

  • Fungsi navigasi dan operasi boleh dilakukan dengan papan kekunci. Gunakan kekunci Tab dan Shift-Tab untuk bergerak antara menu seperti saluran, butang , tajuk dan butang kawalan. Gunakan kekunci arah untuk digerakkan ke atas dan bawah menu dan tekan kekunci Enter bagi memilih saluran.

  • Dalam sesuatu artikel, gunakan Delete untuk menghapuskannya, Ctrl-K menyimpannya, Ctrl-P mencetak dan Ctrl-A menyimpan artikel ke fail tertentu.

  • Segarkan Saluran... Pengguna boleh mendapatkan berita terbaru sesuatu saluran tanpa perlu menunggu lama bila memilih Update All. Klik butang kanan tetikus pada nama sesuatu saluran dan pilih Update Channel. Jika memilih Update All, saluran yang tertinggi dalam senarai akan dilengkap terlebih dahulu.

Dipetik Dari Komputer Berita Harian
[ Sebelumnya ]