Make your own free website on Tripod.com

Paint Shop Pro untuk semua

PERISIAN suntingan grafik Paint Shop ialah contoh yang baik bagaimana perisian yang bermula sebagai shareware berkembang menjadi salah satu pakej grafik popular di kalangan pengguna.

Dari hanya saiz keseluruhan perisian yang boleh dimuatkan dalam satu disket 3.5 inci dalam versi Paint Shop 3.0, perisian itu sudah memasuki Beta 5.0.

Paint Shop mendapat sambutan pengguna yang tidak memerlukan semua fungsi dalam perisian grafik besar seperti Adobe PhotoShop atau CorelDraw. Mereka ini, terutama pencipta laman Web, menggunakan Paint Shop bagi menukar format grafik ke format GIF atau JPG untuk dimuatkan dalam laman Web.

Paint Shop Pro sebenarnya ialah aplikasi suntingan imej format atau lebih mudah dikenali sebagai "program lukisan".

Satu contoh perisian suntingan raster ialah Paint yang diberi percuma dalam Windows 95. Imej format raster termasuk Windows BMP dan CompuServe GIF.

Setelah sekian lama dan kini hampir ke versi 5.0, Paint Shop sudah matang dengan fungsi lebih menarik dan hampir menyamai perisian serupa yang lebih mahal.

Program manipulasi imej Paint Shop 4.14 termasuk berus pelbagai lukisan dengan tekstur boleh diubah, kesan khas tersedia, klon foto dan alatan suntingan serta meningkatkan kualiti imej.

Selain itu, fungsi yang menjadikan PaintShop popular iaitu sokongan format fail Internet serta utiliti penangkap skrin terus ditinggkatkan. Paint Shop Pro kini menyokong lebih 30 format fail grafik termasuk menyimpan fail sebagai EPS.

Pengguna juga boleh memilih warna untuk fail format Gif terutama dalam Internet atau mencipta fail berbentuk transparent GIF. Dengan menggunakan alatan Eyedropper bagi memilh warna latar belakang, pengguna hanya perlu mengklik butang Options dalam kotak dialog pada Save As dan pilih "Set the transparency value to the background color". Imej itu kemudian boleh dimasukkan ke dalam laman. Kunjungi laman http://www.jasc.com untuk mengambil versi cubaan Paint Shop Pro.

Pintasan dan Fungsi Paint Shop Pro

  • Fungsi setiap butang boleh dilihat bila penunjuk tetikus dilalukan di atas sesuatu butang.
  • Boleh melihat (zoom) imej dengan menekan butang kanan tetikus. Ikon kanta pembesar akan kelihatan. Jika butang kiri tetikus ditekan, ia akan fokus keluar (zoom out).
  • Jika melakukan kesilapan, anda boleh undo sesuatu dengan memilih Edit dan Undo atau memilih fungsi Undo pada papan alatan (tool bar).
  • Boleh menghilangkan semua perubahan yang dilakukan pada sesuatu imej sejak ia disimpan (save) kali terakhir dengan mengklik File/Revert.
  • Boleh fokus ke dalam atau keluar dengan menggunakan kekunci numerik + dan -.
  • Boleh melakukan aktiviti mengambil imej skrin secara berterusan dengan memilih Capture/Setup dan klik kotak Multiple Captures.

 
Dipetik Dari Komputer Berita Harian

[Sebelumnya]