Make your own free website on Tripod.com

Hilang jejak laman dalam Navigator 4.x

PERISIAN Netscape Communicator digabungkan dengan fungsi mudah guna seperti ingatan alamat yang baru ditaip pada kotak URL tanpa perlu menaip keseluruhan alamat.

Selain itu, terdapat butang menu pada hujung kotak lokasi yang menyenaraikan senarai tapak Web yang pernah dilawati. Kedua fungsi ini memang memudahkan tetapi pada masa yang sama membuka "tembelang" tapak web yang dilawati.

Terdapat cara bagi menutup jejak tapak web yang disenaraikan dalam Navigator 4.0 selain sebagai langkah membuang senarai itu selepas sesuatu jangkamasa.

Pembuangan alamat URL tapak itu agak mudah. Ini yang patut pengguna lakukan. Sebelum melakukannya, pastikan perisian Communicator atau Navigator tidak diaktifkan ketika melakukan suntingan pada mana-mana fail direktori Netscape.

Maklumat dalam menu tarik (pulldown) disimpan dalam fail yang diberi nama "prefs.js" dalam sistem pengguna.

Selalunya ia disimpan di dalam direktori sub di mana Netscape Communicator dilengkap dalam PC. Contohnya, C:\Program Files\Netscape\Users\yourname\prefs.js.

Pengguna boleh mengguna fungsi carian fail Windows 95 dengan menaip nama fail itu.

Selepas mendapatkan fail itu, pengguna boleh membukanya dengan menggunakan perisian suntingan teks seperti Notepad atau Word.

Anda akan melihat beberapa pantas yang kelihatan seperti berikut:

user_pref("browser.url_history- .URL_1", "http://help.netscape.com/"); user_pref("browser.url_history.URL_2", "http://altavista.digital.com/"); user_pref("browser.url_-history.URL_3", "http://www.unitedmedia.com/comics/dilbert/"); user_pref("browser.url_history.URL_4","http://www.midwinter.com/lurk/lurker.html");...

Baris itu dengan tulisan ("browser.url_history") menentukan apa yang dipaparkan pada menu tarik lokasi.Padamkan semua baris itu tetapi bukan baris lain.

Simpan semua perubahan dilakukan dan gunakan nama fail yang serupa.Kemudian lancarkan Communicator. Menu lokasi akan kosong.

Pintasan Netscape Communicator

  • Navigator ....................Ctrl-1
  • Messenger Mailbox.............Ctrl-2
  • Colabra.......................Ctrl-3
  • Page Composer.................Ctrl-4
  • Conference....................Ctrl-5
  • Kebelakang laman..............Alt-<
  • Kehadapan laman...............Alt->
  • Lengkap semula................Ctrl-R
Dipetik Dari Komputer Berita Harian
[ Sebelumnya]