Make your own free website on Tripod.com

HILANGKAN JEJAK NETSCAPE 3.x


Berita hilang jejak laman dalam navigator 4.x menarik perhatian saya. Bagaimana menghilangkan jejak laman dalam Navigator 3.x.

Azizan

zizan@tm.net.my


Jawapan

Fuuuuh.... setelah berpeluh mencuba untuk memenuhi permintaan pembaca, akhirnya cara bagi menghilang jejak dalam Netscape 3.x dapat dicapai.

Berbeza dengan Netscape 4.x yang menyimpan URL dalam fail, Netscape 3.x menyimpannya dalam Registry. Jadi, anda terpaksa melakukan suntingan dalam Registry:


1. Klik Start dan pilih Run

2. Taip Regedit dan Editor sistem Registry dipaparkan

3. Dwiklik HKEY-USERS dan pilih Software

4. Klik Netscape dan kemudian Netscape Navigator

5. Senarai struktur akan dipapar dan klik URL History

6. Pada skrin (sebelah kanan) akan terpapar semua URL yang dilengkap ketika Netscape dilancarkan

7. Klik butang kanan tetikus ke atas URL yang ingin dihilangkan dan pilih Delete. Selepas selesai, tutup fail Registry dan mulakan Netscape. Anda akan melihat perbezaannya.

Dipetik Dari Komputer Berita Harian>
[ Sebelumnya]